Isu ‘Daging Babi’ Lama Viral Semula, Ini Penjelasan Disebalik Gambar Tersebut



‎SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan gambar badan haiwan yang telah dilapah menyerupai babi di dalam sebuah troli yang tersebar merupakan isu lama yang diviralkan semula.

‎Menurut Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim, gambar yang tersebar itu merupakan daging karkas kambing import iaitu badan haiwan yang telah dilapah.

“Untuk makluman pengguna, semua daging import kecuali daging babi perlulah mendapat kelulusan Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk dibawa dan berada di pasaran Malaysia.

‎“Untuk mengelakkan kekeliruan tersebut pengguna adalah dinasihatkan untuk terus merujuk kepada Jakim dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia,” katanya melalui Facebook rasmi, hari ini.



Isu ‘Daging Babi’ Lama Viral Semula, Ini Penjelasan Disebalik Gambar Tersebut Isu ‘Daging Babi’ Lama Viral Semula, Ini Penjelasan Disebalik Gambar Tersebut Reviewed by Admin on 12:30:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.