Q: Saya buka aircon macam biasa juga dulu dan sekarang. Kenapa sekarang bilnya melambung?
A: Perkara ini terjadi disebabkan oleh 2 faktor yang berbeza.
1. Faktor suhu persekitaran
Pada waktu biasa suhu persekitaran hanya sekitar 26°-28°C. Apabila pengguna menetapkan suhu aircon pada 22°C, compressor hanya perlu bekerja untuk perbezaan suhu 4°-6°C sahaja. Berbeza pula pada waktu sekarang dimana el nino ini telah menyebabkan suhu persekitaran meningkat sehingga 40°C. Walaupun dakwaan mengatakan masih menggunakan setting yang sama pada aircon (22°C), compressor perlu bekerja dengan lebih keras untuk mencapai suhu 22°C tersebut kerana sekarang perbezaan suhu yang compressor perlu beri adalah sebanyak 18°C.
2. Faktor blok tariff elektrik
2. Faktor blok tariff elektrik
Ramai pengguna yang tidak sedar tariff elektrik dibahagikan mengikut blok (rujuk gambar). Sebagai contoh 1 rumah selalunya menggunakan 300kWh sebulan. Bermakna bil bulanannya hanya RM77 [(200kWh × 0.218)+(100kWh × 0.334)]. Lain pula di waktu el nino penggunaan 1 rumah tersebut telah bertambah ke 500kWh (pertambahan sebanyak 200kWh dari biasa). Bil bulanannya akan berjumlah RM180.20 sebelum GST [(200kWh × 0.218)+(100kWh × 0.334)+(200kWh × 0.516)].
Q: Saya tiada aircon dirumah, tidur pun pakai kipas sahaja macam mana bil elektrik boleh naik juga?
A: Walaupun dirumah tiada aircon tapi semestinya ada peti ais. Peti ais juga menggunakan konsep yang sama dengan aircon dimana compressor perlu bekerja untuk mendapatkan suhu yang optimum di dalam peti ais.
Jadi kesimpulannya, TNB bukan pergi usik meter pengguna untuk keuntungan semata-mata, semua tertakluk pada penggunaan elektrik masing-masing dirumah. Untuk menjimatkan elektrik ada baiknya sekiranya sebelum ini suhu aircon pada 22°C sekarang boleh dikurangkan kepada 24°C ataupun sekiranya set timer 6 jam boleh dikurangkan kepada 3 jam. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan penggunaan elektrik dirumah.
Farezshafiq Yeen
TNB
Ya, Elnino Punca Bil Elektrik Anda Melambung - Ikuti Penjelasan Dari TNB Ini
Reviewed by Admin
on
9:19:00 PG
Rating: