Selepas TMJ, Penyerang Negara Pula Kritik Khairy



PETALING JAYA : Selepas Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim membidas Khairy Jamaluddin, kini giliran pemain kebangsaan pula meluahkan rasa kesal kepada Menteri Belia dan Sukan.

Safee Sali berkata, apabila RM100 juta dana Kementerian Belia dan Sukan didapati lenyap, semua pihak termasuk Khairy senyap.

“Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh digunakan dengan duit sebanyak itu,” katanya menerusi status di Facebook.

Safee merujuk kepada kes rasuah yang didalangi seorang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang melibatkan dana kerajaan RM100 juta.

Pegawai itu telahpun didakwa di mahkamah.

Safee, pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu meluahkan tidak puas hati dengan kenyataan Khairy yang menyalahkan pemain apabila pasukan ranking bola sepak negara jatuh ke tangga 174 dunia, rekod terburuk dalam sejarah sukan negara.

Safee berkata, pihak-pihak yang berkaitan seharusnya membantu menaikkan imej pasukan bola sepak kebangsaan dan bukannya hanya menyalahkan pemain sahaja.

Sebelum ini, TMJ turut membidas Khairy dan meminta menteri itu memikirkan semula apa yang telah dikatakannya kerana selaku menteri, Khairy bertanggungjawab sepenuhnya memperbaiki mutu bola sepak negara.

Katanya, kejatuhan Malaysia ke ranking ke-174 dunia merupakan tanggungjawab KBS serta kesemua persatuan negeri bawah naungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sepatutnya mendidik pemain dan melaksanakan budaya profesionalisme.


Selepas TMJ, Penyerang Negara Pula Kritik Khairy Selepas TMJ, Penyerang Negara Pula Kritik Khairy Reviewed by Admin on 11:03:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.