Kucing Terselamat Selepas Terkena 30 Das Tembakan



ESSEX - BRITAIN. Menakjubkan apabila seekor kucing masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali di badan dan matanya.

Kucing yang berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas seminggu menghilangkan diri dari rumah tuannya di Ardleigh, Essex.

Sebaik sahaja dijumpai, haiwan itu kemudian dibawa ke klinik haiwan dan mendapati luka kecederaanya itu dipenuhi dengan peluru.

Menurut SPCA, kucing tersebut hidup, walaupun salah satu matanya terpaksa dikeluarkan.

"Kami terkejut apabila mendapati kucing malang itu dipenuhi dengan peluru di seluruh badan dan kepalanya.

"Salah satu peluru mengena tapak kaki menyebabkan kucing itu sukar untuk berjalan manakala peluru turut terkena di tengah mata dan mencederakan anak matanya," kata Adam Jones.

Tambahnya lagi, doktor haiwan berkata, dua butir peluru turut terkena kepada saraf tunjang dan adalah satu keajaiban kucing itu terselamat.

Sementara, pemilik kucing Doug Taw berkata, kucingnya itu ditemui di bawah kereta dalam keadaan ketakutan dan cedera.

"Kucing itu menghilangkan diri dari rumah selama seminggu.

"Sedih melihat dia cedera kehilangan matanya," kata Doug dipetik Metro.uk - SH

Kucing Terselamat Selepas Terkena 30 Das Tembakan Kucing Terselamat Selepas Terkena 30 Das Tembakan Reviewed by Admin on 9:09:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.