Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bertitah supaya salah laku rasuah di negara ini dilaporkan tanpa gentar, memihak atau berat sebelah dan tidak mengira siapa yang melakukannnya.
Pada ucaptama Majlis Anugerah Bisnes Utusan di Kuala Lumpur, titah baginda juga mahu rakyat negara ini diasuh dengan budaya supaya membenci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah.
“Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar – tanpa berat sebelah, kerana rasuah ialah rasuah walau siapa juga yang melakukannya.
“Warga perlu diasuh dengan budaya yang benci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah. Warga perlu dididik untuk memandang rasuah dengan rasa amat jijik,” titah baginda.
Menurut Sultan Nazrin, perkara itu perlu dilakukan memandangkan Indeks Persepsi Rasuah 2015 oleh Transparency International meletakkan negara di kedudukan ke-54 daripada 168 buah negara.
Baginda juga memberi peringatan sekiranya rasuah gagal diperangi, ia akan melumpuhkan negara dan rakyat keseluruhannya, terpaksa membayar dengan penderitaan dan kesengsaraan seperti yang dialami oleh rakyat di kebanyakan negara mundur.
“Rasuah merupakan barah yang dikatakan sedang merebak dalam batang tubuh negara; rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara.
“Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.
“Kegagalan memerangi dan kegagalan membanteras rasuah secara serius, secara bersungguh, secara berkesan, secara komited, dibimbangkan berpotensi melumpuhkan negara,” titah baginda.
Sehubungan itu, Sultan Nazrin meminta kumpulan Utusan melalui penerbitannya memainkan peranan aktif mendedahkan pemimpin negara yang terbabit dengan gejala rasuah.
“Kumpulan Utusan melalui bahan-bahan penerbitannya hendaklah berperanan aktif membantu membina sebuah pentadbiran dan sebuah negara bangsa yang sifar rasuah,” titahnya.
Baginda juga mencadangkan supaya kumpulan Utusan mewujudkan ruangan yang meningkat kesedaran tentang rasuah dengan menulis tentang tokoh-tokoh yang bersih rasuah untuk dijadikan teladan.
"Sementara kisah-kisah pemimpin yang melakukan rasuah boleh dijadikan sempadan.
"Memerangi rasuah hendaklah dijadikan satu perjuangan – satu jihad.
“Adalah menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan tanggungjawab kenegaraan untuk setiap warga berperanan aktif memelihara negara daripada terjerumus ke lembah kehinaan," titah baginda lagi.

Sultan Mahu Akhbar Lapor Pemimpin Rasuah Tanpa Gentar
Reviewed by Admin
on
8:48:00 PG
Rating: