Hilang Gelaran, Ini Kenyataan Rasmi MB Terengganu.



KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, bertekad untuk terus membuktikan taat setia kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar sebentar tadi, Ahmad Razif berkata kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi masih memegang jawatan.

"Saya amat memahami bahawa ini adalah hak mutlak Tuanku di dalam mengurniakan anugerah atau penarikan balik anugerah itu.

"Yang penting kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada raja dan negara," katanya.

Terdahulu, kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada BERNAMA, memaklumkan Sultan Mizan telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif, berkuat kuasa Jumaat, 22 April.


Hilang Gelaran, Ini Kenyataan Rasmi MB Terengganu. Hilang Gelaran, Ini Kenyataan Rasmi MB Terengganu. Reviewed by Admin on 7:45:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.