Kronologi Dan Punca Suami Gergaji Isteri Mengandung Hingga Janin Terkeluar



Seminggu sudah pihak polis memburu suspek pembunuhan wanita hamil yang maut dikerat tiga hingga janinnya terkeluar kini teka teki misteri pembunuhan itu sudah dapat diselesaikan.

Agus 30 suami mangsa yang hilang selepas kejadian berjaya ditahan di salah sebuah restoran "Selera Bonda" Surabaya pada 20 april 2016 kelmarin atas aduan individu yang mendakwa melihat Agus setelah poster buruan orang di sebarkan.

Ketika membuat tangkapan, detik.com melaporkan Agus menangis dan memeluk salah seorang anggota dengan wajah yang ketakutan.

"Apabila Kami membuat serbuan tiada langsung tentangan dari Agus sehingga kami mengiringnya masuk ke dalam kenderaan tahanan."

Dipercayai setelah 
Agus membunuh isterinya yang mengandung 5 bulan pada 10.04.2016, dia meninggalkan Tangerang dan menjual hanphone mangsa serta meninggalkan potongan badan mangsa dan janin bayi manakala potongan kaki mangsa dibuang oleh anak buahnya, Eri yang turut membantu dalam pembunuhan tersebut.

Menurut keterangan potongan kaki nuri ditemui kira-kira 500 meter dari kedai handphone tempat Agus menjual handphone nuri.

Hasil Bedah siasat mangsa.


1. Korban di aniaya sebelum dikerat
2. Ditemukan bekas tikaman senjata parang
3. Jasad janin bayi sudah rosak dan membusuk dianggarkan berumur 5 ke 6 bulan
4. Kedua tangan dan kaki dipotong (kepala dan badan bercantum)
5. Isi perut keluar.
6. Dipercayai mangsa dipotong menggunakan gergaji di setiap bahagian sendi.
7. Mayat mati 48 jam sebelum ditemui.

Punca pembunuhan.
Tuti Agustina, isteri pertama suspek mengatakan bahawa dia tidak menyangka suaminya akan melakukan jenayah yang kejam itu, saya akan meminta cerai selepas proses penyiasatan selesai.

Sebelum ini saya sudah mempunyai firasat bahawa suami saya ada berlaku curang dengan perempuan lain di Tangerang namun belum tahu siapa wanita tersebut.

Semuanya terbongkar selepas berita di media massa yang mengatakan bahawa ada seorang wanita mati dikerat oleh suaminya yang bernama Agus Kusmaidi yang sudah tinggal satu bumbung dengannya.kata tuti

Tuti dan Agus berkahwin pada 2007 dan sudah mempunyai seorang cahaya mata yang berumur 7 tahun.

Setelah Agus bekerja di Tangerang, Tuti jarang bertemu dengan suaminya. Mereka hanya berhubungan melalui panggilan telefon.

Dari pengakuan Agus dia mula tinggal dengan Nuri sejak 14 Ogos 2015 di Jalan Haji Malik di Pasara Cikupa. Sebulan hidup di bawah bumbung yang sama, rupanya nuri sudah mengandung anak agus.

Sejak daripada itu pergaduhan sering berlaku di mana mangsa kerap menuntut status hubungan kepada Agus dan peruntukan wang perbelanjaan selama mereka hidup satu rumah.

Rancangan untuk membunuh Nuri datang pada 2 April 2016 lalu dan meminta tolong daripada anak buahnya Eri tentang rancangan pembunuhan tersebut.

Hinggalah Nuri yang ditemui di rumahnya maut pada rabu 13.04.2016 dengan keadaan dipotong pada kaki, tangan serta bahagian perut dan Janun terburai

Berdasarkan maklumat warga perumahan sewa tersebut, Muplihah berkata hari minggu (10/4/2016) kelmarin mendengar ada sebuah pertengkaran mulut di rumah mangsa kemudian tidak lama selepas itu tidak terdengar apa apa lagi.

"Sehari selepas itu saya mula mencium bau yang tidak sedap, hari Isnin dan Selasa sudah tercium tapi tidak terlalu busuk, hari ini baunya sudah semakin busuk, kami terus membuat laporan polis" .kata saksi..

Kronologi Dan Punca Suami Gergaji Isteri Mengandung Hingga Janin Terkeluar Kronologi Dan Punca Suami Gergaji Isteri Mengandung Hingga Janin Terkeluar Reviewed by Admin on 8:46:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.