Individu Yang Gambarnya Disebar Kononnya Pencuri Telefon Tampil Buat Laporan Polis





Sejak minggu lalu tersebar sekeping gambar yang dimuatnaik oleh seorang lelaki yang mendakwa telefonnya yang hilang berjaya mengambil gambar pencuri yang mencuri telefonnya.


Gambar berkenaan telah tersebar dimedia sosial menyebabkan rata-rata netizen memaki hamun pasangan keluarga berkenaan yang memaparkan gambar seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

Menurut lelaki yang memuatnaik gambar berkenaan, gambar tersebut diambil secara automatik selepas menggunakan satu aplikasi keselamatan yang akan mengambil gambar jika gagal kata laluan sebanyak 5 kali berturut-turut dan akan dihantar ke emel pengguna.


Kerana penyebaran gambar berkenaan makan berpusu-pusulah manusia sambil melepaskan kata-kata kurang sopan mereka dipos berkenaan.

Namun, menyedari gambarnya mula tersebar, lelaki berkenaan telah tampil membuat laporan polis dan menafikan dia mencuri telefon berkenaan.

sumber

Individu Yang Gambarnya Disebar Kononnya Pencuri Telefon Tampil Buat Laporan Polis Individu Yang Gambarnya Disebar Kononnya Pencuri Telefon Tampil Buat Laporan Polis Reviewed by Admin on 3:58:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.