KES pertembungan antara agensi penguat kuasa FBI dengan Apple mencetuskan banyak perdebatan dalam kalangan pengguna apatah lagi membabitkan kredibiliti Apple menjamin kerahsiaan data sensitif pengguna.
Tanpa berkompromi terhadap paksaan FBI, pendirian Apple mencetuskan kesan polemik dalam industri telekomunikasi global, hasilnya lebih banyak pembangun teknologi kini memulakan langkah memperkukuhkan enkripsi kod sulit mereka.
WhatsApp yang kini menjadi aplikasi medium mesej popular seluruh dunia menjadi antara terawal bertindak memperketatkan enkripsi penyulitan dengan menukarkan data sensitif pengguna kepada bentuk kod sulit supaya dapat dikirim dengan selamat tanpa difahami pihak lain.
AFP dalam laporannya di Washington, pagi ini berkata, WhatsApp kini melaksanakan enkripsi data sulit sepenuhnya sebagai langkah memperkukuhkan privasi pengguna walaupun memahami risikonya berdepan konflik tindakan undang-undang agensi penguat kuasa.
Aplikasi mudah alih milik Facebook dengan lebih satu bilion pengguna seluruh dunia mengumumkan langkah itu susulan perdebatan sengit antara penguat kuasa Amerika Syarikat (AS) FBI yang memaksa Apple membantunya memecah kod data pengguna yang disulitkan dalam iPhone.
"WhatsApp akan terus mengutamakan usaha menjadikan data dan komunikasi pengguna berada pada tahap paling selamat," lapor agensi itu memetik satu blog yang mengumumkan perubahan itu.
WhatsApp akan terus mengutamakan usaha menjadikan data dan komunikasi pengguna berada pada tahap paling selamat. - Foto Reuters
Mesej itu bermaksud; "Apabila pengguna menghantar mesej ia hanya boleh dibaca oleh penerima mesej atau dalam kumpulan chat penerima mesej yang dikongsikan terbabit," katanya.
"Tiada sesiapa yang boleh melihat kandungan mesej terbabit, tidak kira penjenayah siber, penggodam, atau rejim bertentangan, bahkan termasuk kami (WhatsApp)."
Langkah firma teknologi terkemuka itu menggunakan enkripsi kod penyulitan data sensitif yang ekstrem sehingga mereka sendiri tidak memiliki kunci untuk memecah masuk dan membaca data itu - mencetuskan kritikan dalam kalangan penguat kuasa undang-undang yang mengecam keras kerana mewujudkan ruang "kalis-waran" untuk penjenayah dan sebagainya.
Dalam blog yang di muat naik Pengasas Bersama WhatsApp, Jan Koum dan Brian Action berkata enkripsi penyulitan itu adalah perkakasan penting untuk penggunanya.
"Kita hidup di dunia yang mana semua data kita kini berada dalam digital, lebih daripada sebelum ini," katanya.
"Setiap hari kita melihat berita berhubung data sensitif yang direkodkan berdepan dengan kecurian atau digodam. Jika tiada langkah dilakukan dikhuatiri lebih banyak data digital pengguna termasuk maklumat atau komunikasi terdedah dengan sebarang serangan pada masa depan.
"Bagaimanapun, enkripsi end-to-end ini akan melindungi kami daripada kelemahan seperti itu."
WhatsApp dilaporkan turut berdepan dengan perdebatan undang-undang yang sama seperti Apple, yang mana membabitkan usaha pihak persekutuan untuk meminta bantuan memecah masuk iPhone milik salah seorang penembak San Bernardino tahun lalu, selain beberapa kes jenayah berat lain.
Perasan Ada Sesuatu Yang Tak Kena Pada Aplikasi WhatsApp Anda? Inilah Puncanya..
Reviewed by Admin
on
9:36:00 PG
Rating: