Memetik pelbagai dakwaan skandal dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, The Washington Post percaya pentadbiran Barack Obama harus menjarakkan diri dengan perdana menteri Malaysia.
Dalam sidang redaksinya semalam, The Washington Postberpendirian, walaupun peguam negara membersihkan nama Najib dalam isu dana RM2.6 bilion, dakwaan salah urus dana 1MDB terus mencurah-curah dan siasatan turut berjalan di pelbagai negara lain.
“Skandal Malaysia kemungkinan besar akan memberi kesan terhadap pembiaya-pembiaya di Emeriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Singapura, Amerika Syarikat dan begitu juga beberapa bank-bank besar di Barat.
“Barangkali lebih penting, peluang Najib berdepan tindakan undang-undang dan akibat politik sedang meningkat naik,” menurut akhbar itu.
Najib, dakwa The Washington Post lagi, menangkis dakwaan-dakwaan terhadapnya dengan cara menekan.
Akhbar itu membangkitkan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan penamatan kontrak bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Turut dibangkitkan pendakwaan terhadap sekurang-kurangnya 15 individu bawah Akta Hasutan 1948, yang pernah dijanjikan untuk dimansuh sebelum ini.
Washington Post Gesa Obama Jarakkan Diri Dengan Najib Kerana..
Reviewed by Admin
on
7:23:00 PG
Rating: