Mr. Os Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR 8 April - Pelakon komedi popular, Mr. Os, 65, disahkan meninggal dunia pada pukul 2.15 petang ini.

Berita tersebut disahkan oleh salah seorang anaknya, Husna Yusof yang menelefon rakan baik Allahyarham, pelawak Abon.

“Anaknya bernama Husna menelefon dan memaklumkan kepada saya akan berita kematian Mr. Os pada pukul 2.15 petang tadi,” kata Abon kepada Utusan Online.

Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid terkenal menerusi filem Adik, Mr. Os dan Balik Kampung. - UTUSAN ONLINE

Mr. Os Meninggal Dunia Mr. Os Meninggal Dunia Reviewed by Admin on 4:28:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.