Khairul Idham Tampil Beri Jawapan Mengejutkan Isu Lari Ketika "Disembur Arak"



15 Apr - Pelumba pertama negara yang memenangi perlumbaan Moto3 di Argentina pada 3 April lepas tampil memberi komen berikutan viral videonya yang dikatakan cuba 'melarikan diri' dari semburan arak.

Khairul Idham Pawi, 17, menegaskan biarpun menyembur araka adalah tradisi, tapi dia harus menjaga batas.

"Saya bukan tidak menghormati acara tradisi sambutan, tapi saya harus jaga batas sebagai orang Islam,

"Saya memang elakkan diri daripada terkena semburan minuman keras itu dan ke mana sahaja saya pergi, jati diri sebagai umat Islam tetap berada di tempat teratas," tegasnya sebagaimana lapor Sinar Online.

Khairul Idham berkata sedemikian ketika majlis bertemu media sempena Perlumbaan Motosikal Cubprix di Stadium Negeri Batu Kawan, di sini hari ini

Khairul Idham berkata sedemikian ketika menjawab mengapa beliau tidak kelihatan ketika sambutan kejayaan di podium selepas majlis penyampaian hadiah sewaktu Grand Prix Argentina itu.

Beliau juga berkata dia kini berazam untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam baki perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia musim ini.

"Saya akan berusaha lebih gigih untuk mengutip sekurang-kurang satu mata dalam setiap 15 pelumbaan yang akan datang walaupun sasaran penaja hanya 18 mata untuk musim ini," katanya.


Khairul Idham Tampil Beri Jawapan Mengejutkan Isu Lari Ketika "Disembur Arak" Khairul Idham Tampil Beri Jawapan Mengejutkan Isu Lari Ketika "Disembur Arak" Reviewed by Admin on 8:59:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.