Kerana Tolak Cinta Rakan Sekerja, Lelaki Ini ‘Diganggu’ & Isteri Disihir Sehingga Mahu Minta Cerai



Dengan kemunculan pelbagai medium media sosial sekarang ini memudahkan kita untuk berhubung dengan rakan-rakan dan saudara mara yang jauh. Namun, harus ingat jangan terlalu teruja untuk mempamerkan kebahagiaan anda di laman sosial kerana ada kemungkinan ada individu yang tidak suka dan dengki dengan kebahagiaan yang kita kecapi.

Lagi menakutkan, pada zaman serba canggih ini masih ada individu yang menggunakan sihir untuk memporakperandakan rumah tangga orang lain apabila cinta tidak dibalas.

Ikuti kisah di bawah:


Sy sudah mendirikan rumahtangga selama hampir 15 thn dan dikurniakan 4 org cahayamata. Isteri sy seorang yg bekerjaya dan kami mmg saling menyayangi di antara satu sama lain sehinggalah pd suatu pagi seorg kerani di tempat kerja sy telah menanyakan kabar sy yg tidak sihat. Sy mmg tidak pernah menyimpan mana2 no telefon perempuan lain kecuali seorg lg kerani lain untuk memudahkan urusan kerja. Isteri sy ni mmg kuat 6th sense dia. Dia boleh hidu dan syak tu bukan kwn2 perempuan yg dia kenal. Sy pun bgtahu yg sy tak kenal(sbb mmg sy tak.kenal)....isteri sy pun diam. sehinggalah bila sy kembali semula bekerja si kerani ni tanya kenapa tak balas sms dia. Sy kata sy taktahu sbb no dia not listed dlm fon contact sy.

Hubungan sy dan isteri mmg baik, mesra dan isteri sy mmg seorg yg periang. Tanggungjawab dia pd sy dan anak2 mmg tak dilupakan. Dan sy selalu bgtahu pd kwn2 sy bahawa isteri sy mmg tiada galang gantinya. Jika ditakdirkan sy beristeri lg...itu cuma akan terjadi jika isteri sy sudah meninggal dunia. Itupun pd sy mustahil ada wanita yg dpt menggantikan tempatnya. Rupanya kenyataan sy telah menimbulkan rasa tak puas hati kerani tersebut. 

Pd suatu hari si kerani tersebut dapat kerja di KL maka dia berhijrahlah. Sy mmg jenis peramah suka bertanyakan kabar kwn2 lelaki mahupun perempuan. Tua mahupun muda. Sy pun saja sms utk bertanyakan kabar. Demi Allah tiada sekelumit pun rasa sy suka atau cintakan kerani tersebut. Sejak kerani itu selalu menghubung sy dan akhirnya tanpa sy sedari si kerani tersebut memanggil sy dgn panggilan 'sayang'. Sy pun terkedu pd mulanya. Yelah dh org panggil kita sayangkan...maknanya saham sy laku lg. Hubungan dgn isteri masih baik sehingga tiba hari raya kerani tersebut menghubungi sy dan bertanyakan bila sy mahu berkunjung ke rumahnya utk beraya. Sy tak tahu seprti ada sesuatu yg mendesak sy utk pegi..syy pg ditemani dgn anak sy

Lama kelamaan isteri dpt mencium perbuatan sy. Isteri suruh sy tukar no. Sy tukar en admin. Sy ikut segala permintaan isteri sbb sy sayangkan dia.... Dan yg peliknya sy tak tahu kuasa dr mana sy beli no lain dan hpon lain. Tp tak lama. Betullah org kata naluri seorg isteri tu jgn dibuat main2. Sy tau isteri sy selalu berdoa...dan sy selalu mendengar dlm doanya ada tangisan. Hati sy pilu dgr esakan isteri sy tp ada sesuatu yg berbisik supaya membiarkan saja isteri sy. 

Solat hajat, bacaan yasin dan akhir sekali bila tiba awal muharam isteri dan anak2 buat solat hajat. Dan di tak lama selepas itu rahsia terbongkar.

Bila isteri dpt tahu dia ajak sy pegi jumpa kerani tersebut. Sy ikut. Dalam kereta ke KL dia suruh sy lepaskan dia. Tp DEMI ALLAH sy SAYANGKAN ISTERI SY. Sy takkan lepaskan dia kecuali ajal yg memisahkan kami. Isteri sy mmg cerdik. Segala doa dia Allah makbulkan. Kami dpt jumpa kerani tersebut tp dia lari bila sy hampiri isteri sy. Seperti ada sesuatu yg disorokkannya. Kami pulang ke penang semula. 

Sejak itu kepercayaan isteri pd sy mmg takdelah. Walau berkali2 sy ucapkan sy tiada apa2 hubungan ngan kerani tersebut..

Pada suatu hari ketika sy sedang solat dhuha isteri tiba2 tak sedarkan diri. Marah2 tak tentu hala. Sy bwk dia berjumpa dgn seorg ustaz berhampiran...sekali lg isteri sy diserang sambil menjerit2 "knp kau tinggalkan aku?, kenapa ko sayang sgt kat bini ko tu" berulang2 perkataan tersebut keluar. Ustaz tersebut bgtahu bahawa isteri sy telah disihir. Dan spt yg dijangka sy jg telah 'diguna2' oleh kerani tersebut.

Hampir 12 org ustaz kami pegi tp sehingga sekarang keadaan isteri sy msh diganggu. Bermacam2 sihir dihantar kpd kami sehingga kini. Sy mmg menyesal admin. Menyesal teramat sangat. Sehingga kini kami masih di'ganggu'. Kami berdoa spy berikan kami kekuatan spy menghadapi ujian ini. Isteri sy sorg yg redha dan pasrah. Walaupun tubuh spt disiat dan diikat2 tp tanggungjawab tetap dilaksanakan.

Dan sy xsangka isteri msh blh mewakafkan al quran atas nama kerani trsbt semasa kami bercuti di langkawi baru2 ni. Terkedu sy. Sy tanya kenapa? Dia kata perempuan tu dh jauh terpesong. Kitalah yg kena betulkn aqidahnya. Dia x balas stiap perbuatan kerani tersebut sehingga sy plak yg kurang sabar. Bila sy kata sy nk pulangkn semua sihir2 ni isteri sy kata takpayah. Tu semua saham akhirat dia. Biar pun sihir itulah penyebab sampainya ajal dia. Subhanallah...walaupn dh lama menderita.

Nasihat sy pd lelaki di luar sana jadiknlh kisah sy ni sbg pengajaran. Jgn mdh tpedaya dgn wanita lain. Hati2lh tika berkwn. Jgn ada yg ambk ksempatan atas kprihatinan kt.

Pd perempuan2 di luar sana...jgnlah terdesak merosakkan umahtangga org lain sbb kifarah Allah tu pasti ada

Pada kerani tersebut. Sedarlhh x bahagia mana pun kehidupan kamu dgn mnzalimi isteri aku.

Sekian.

Sumber: Ohbulan.com, Kisah Rumah Tangga

Kerana Tolak Cinta Rakan Sekerja, Lelaki Ini ‘Diganggu’ & Isteri Disihir Sehingga Mahu Minta Cerai Kerana Tolak Cinta Rakan Sekerja, Lelaki Ini ‘Diganggu’ & Isteri Disihir Sehingga Mahu Minta Cerai Reviewed by Admin on 10:38:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.