Ular Sawa Seberat 250 KG Ditangkap Di P.Pinang Minggu Lepas Sudah Mati



GEORGE TOWN: Seekor ular sawa berukuran 7.5 meter panjang yang menjadi tumpuan baru-baru ini telah mati.

Reptilia itu yang mempunyai berat kira-kira 250 kg dikatakan telah mati pada Ahad.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki yang tidak mahu dikenali berkata ular telah bertelur pada Sabtu.

Wakil-wakil daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata, mereka akan memberikan butiran kematian pada Selasa.

Ular itu menarik perhatian antarabangsa tidak lama selepas ia ditangkap di sebuah kawasan pembinaan jejambat di Paya Terubong pada Khamis selepas ditemui pekerja pembinaan.

Enam anggota JPAM telah dikerahkan untuk menangkap reptilia yang ditemui di bawah pokok tumbang kira-kira 100 meter dari jalan terdekat.

Ia adalah ular sawa yang terbesar dan yang pernah ditangkap di Pulau Pinang setakat ini. - mStar

Ular Sawa Seberat 250 KG Ditangkap Di P.Pinang Minggu Lepas Sudah Mati Ular Sawa Seberat 250 KG Ditangkap Di P.Pinang Minggu Lepas Sudah Mati Reviewed by Admin on 7:24:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.