Rafizi Letak Tangan Kebelakangan Didakwa Untuk Raih Simpati, Ini Rupanya Penjelasannya



PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak berlakon akan cuba menagih simpati apabila beliau meletak kedua-dua belah tangan dibelakang seolah-olah digari ketika diiringi polis di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapat perintah tahanan reman pada Rabu lalu.

Peguam Rafizi, Saiful Izham Ramli berkata, arahan memegang pergelangan tangan bagi membataskan pergerakan tangan sambil kedua- dua lengan dipegang kemas kiri dan kanan oleh pegawai polis merupakan amalan biasa polis bagi situasi di mana orang yang disyaki atau dituduh tidak bergari, terutamanya bagi tertuduh tidak dikatagorikan sebagai pesalah atau penjenayah tegar.

“Ia bukan perbuatan ‘lakonan’ atau ‘wayang’ atau ‘menagih simpati’ tetapi prosedur biasa pihak polis dalam membawa Orang Kena Tuduh (OKT) di dalam kategori ini ke mahkamah dalam mengawal pergerakan mereka. Semuanya atas budi bicara pegawai polis yang mengiringi,” katanya menerusi Facebook.

Beliau membuat penjelasan itu apabila Rafizi dilemparkan tuduhan berlakon dan cuba menagih simpati rakyat kerana cuba menunjukkan seolah-olah digari ketika dibawa ke mahkamah.

Malah, beberapa pemimpin politik pembangkang mengecam dan mengkritik pihak polis kerana mendakwa mengari Rafizi sedangkan beliau bukan penjenayah.

“Bertanyalah pada yang tahu dan faham prosedur dari membuat andaian atau kesimpulan yg hanya menjerumuskan kita ke lembah fitnah,” kata Saiful Izham lagi.

Rafizi direman tiga hari yang berakhir hari ini dan kemungkinan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana membocorkan maklumat yang mengaitkan 1MDB sebagai punca kelewatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membayar gratuiti kepada pesara tentera.

Setiausaha Agung PKR itu ditahan pada Selasa lalu di luar kawasan Parlimen.


Rafizi Letak Tangan Kebelakangan Didakwa Untuk Raih Simpati, Ini Rupanya Penjelasannya Rafizi Letak Tangan Kebelakangan Didakwa Untuk Raih Simpati, Ini Rupanya Penjelasannya Reviewed by Admin on 2:49:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.