Menurut Dailymail UK, kedua-dua mangsa yang berusia 16 tahun sedang mempersembahkan teater popular Inggeris, Sweeney Todd yang terkenal dengan penggunaan darah prop (palsu).
Menurut kenyataan dari kolej Saint Kentigern, pelakon sepatutnya menggunakan pisau prop ketika adegan tersebut.
Pihak kolej mendakwa pisau tersebut kemungkinan ditukar pada saat akhir kerana pisau yang digunakan pada waktu kejadian adalah pisau yang sama sebelum teater bermula.
Salah seorang daripada pelajar tersebut berada dalam keadaan kritikal manakala seorang lagi berada dalam keadaan stabil.
Menurut seorang penonton teater, beliau tidak menyedari terdapat insiden ketika persembahan berlangsung kerana orang ramai menyangka ianya darah palsu.
"Kami semua terus menonton seperti biasa, tiada sebarang pengumuman khas dan kami hanya mengetahui kejadian sebenar selepas persembahan tamat," kata penonton.
Pihak berkuasa New Zealand kini menyiasat kejadian tersebut. - SH
Tak Sengaja Sembelih Rakan, Diri Sendiri
Reviewed by Admin
on
11:39:00 PTG
Rating: